Friday, 20 December 2013

Toys Fair - Isetan KLCC (Dec 20-25, 2013)

Assalamualaikum & Hi all,

As usual if there is toys fair or toys on sale.. I will be there. I have been waiting for this day since I know there will be toys fair in Isetan KLCC. 
Hari ni keluar tepat pada masanya sebab nak pergi beli toys untuk Sofi dan mana tau kalau ada yang sesuai boleh beli untuk Johan. Anyway masa pergi tadi, barang untuk Johan takde tapi untuk sofi memang ada. Kalau bawak cik kakak tu memang semua dia nak. Toys fair tu tak lah besar sangat, dan barang pun tak lah banyak. Cukup untuk tawaf 3-4 kali lepas tu dah boring dan pening mana satu nak beli ni. Tak kan nak balik tangan kosong kan. Semua suka tapi lagi suka kalau duit ada dalam poket kan. Tengah bulan ni kan, boleh beli satu dua je yea Sofi. At least ada kan sayang. Memandangkan dua minggu lepas tiba-tiba mummy rajin nak baking cake, mummy pun keluarkan lah bahan dan peralatan buat cake tu. Al-maklumlah assistant tak bergaji memang dah terpacak di tepi. Naik pening mummy dibuatnya. Semua barang mummy diusik. Mula-mula memang janji nak masak sekali tapi bila tangan montel tu tak duduk diam dan mummy yang tak berapa pakar ni jadi kelam kabut. Tiba-tiba mummy sudah menjadi harimau dan Sofi merajuk tak kawan terus. Kesian pulak tengok dia. Lepas mintak maaaf kami pun masak bersama lagi. Dan akhirnya terjadilah insiden terlupa nak masukkan telur yang 5 bijik tu. Bukak oven campur adunan balik dan letak balik dalam oven. Sebabkan terlampau penat, kami tiga beranak tertido petang itu. Hubby takde pergi swimming for his trithalon. Then bila bangun Sofi nak tengok cake tu..Dengan bangganya mummy bukak oven..OOOooooo sedap sungguh cake ku tu yea..Keras macam cookies. Sofi siap cakap tak sedaplah mummy's cake..Memang tak sedap..Hitam dan rentung. hahaha kelakar betul bila ingat muka Sofi pandang mummy. Macam ni ke kek mummy?..hahahah...
Takpe kali ni, weekend ni mummy sudah bersedia..Sofi dengan baking toys dia..Mummy dengan barang mummy. Kami anak beranak akan berusaha menjayakan cake kedua kami. Chayook mummy & Sofi..
Ok jom tengok apa yang ada kat Toys Fair tu.









 Beli cup cake set for Sofi. RM 44.91. 




Monday, 16 December 2013

Lacoste end of season sale

Brand ni pun mesti ramai yang suka kan. Best tau year end ni sebab sale merata-rata. Yang paling best kalau poket kita penuh. Lagi banyak barang boleh beli. Tadi pergi isetan ternampak pulak sale ni. Bestnya. Kasut dia cantik sangat. Nak semua. Rambang mata.

Excited sangat sebab jumaat ni ada toys fair. Siap tulis kat organiser & hp reminder. Hopefully ada jual Princess Sofia merchandise & toys.











Friday, 13 December 2013

New Balance on Sale

Sekarang kalau tengok kiri kanan memanjang je Sale.. Pening kepala semua nak beli..Kan best kalau aku kayaaa.. Teringat kat lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael & Altimet. Bestnya semua pay by cash..Tiap-tiap hari kerja I shopping je. Hilang stress kerja kan. Apa anak nak semua dapat. Ambik je..Mummy bayar.. Ambik je..Sign je..Bestnya hidup kalau menjadi kenyataan..Tapi happy tak? Alhamdullilah walaupun tak kaya macam jutaawan tapi hati happy je bersama famili. Lagi seronok. Tadi sempat membelek barang-barang di New Balance. Dapat lah snap few pictures. Enjoy yea.




 The latest running shoes. No discount.



New update:
Pergi New Balance outlet lagi tadi. Snap few pictures.

My favourite shoes. 



NB for toddlers



Kids shoes









Suka sangat kasut ni. 

For your information, there is also NB sale at Isetan KLCC. Sale sampai 50%.