Showing posts with label Sofi's fashion. Show all posts
Showing posts with label Sofi's fashion. Show all posts

Wednesday, 13 November 2013

Peplum dress

Assalamualaikum & Hi.Perasan tak sekarang fashion peplum menjadi kegilaan ramai. Dari tua, muda & kanak- kanak semua nak pakai baju peplum. Mula-mula terdengar pasal peplum ni, I pun tercengang. Dalam hati tertanya-tanya apa benda peplum ni? I came across peplum ni masa bulan puasa tahun ni. My SIL kept talking about peplum. I pun ternganga-nganga apa benda tu. Tapi muka buat-buat tau yea.. Hahahah. Kene lah cover sebab kang nampak sangat tak ikut perkembangan fashion. Memandangkan masa raya hari tu I dalam pantang, jadi takde lah masa nak cari baju kurung peplum untuk I & Sofi. Sampai sekarang kami masih takde baju peplum tu. Bila jumpa mesti tak berkenan dengan dengan material kain peplum tu. Kebanyakkan fashion peplum ni diorang akan guna kain lycra.
Berbalik pulak dengan peplum dalam cerita ni. I managed to get this peplum dress secara tak sengaja. Sebenarnya saje-saje pegi H&M tadi sebab tolong tengokkan winter shoes for my SIL. Sambil-sambil window shopping terjumpa pulak peplum dress ni. Warna dia pun ala-ala classic gitu. Tu yang mummy grab tu. Suka betul mummy. Terbayang badan montel cik Sofi pakai baju peplum ni. Macam ala-ala 70s. Akhirnya merasa Sofi pakai baju peplum. Wink wink..
Gambar seperti di bawah.
Produk: Jersey Fancy 345210
Harga: RM 59.90
Syarikat: H&M
Website: http://m.hm.com/my/

Superman costume for Sofi

Assalamualaikum semua.. Hari ni I nak cerita pasal costume. I just bought Sofi a Superman Costume. It's a value buy. I've been searching for this costume for quiet a while until I stumble it yesterday at Parkson. Luckily ada size Sofi and the price is quiet reasonable for me. Kalau nak dibandingkan dengan Mothercare hampir RM 200.00. Tak tau dari mana Sofi belajar pasal Superman ni, asyik cakap Superrrmaannnn sambil angkat tangan macam nak terbang. Oleh kerana mummy ni shopaholic, sanggup mummy cari untuk anak kesayangan mummy ni. 
Ps: gambar tak clear sebab cik kakak taknak duduk diam. Tak sabar nak supppermannnnnnn..
Terbang sayang,terbang tinggi-tinggi tau.. Jangan tak terbang..
Supergirl penat, kita minum dulu!!!
Malu konon..
Produk: DC Comics
Harga:RM 59.00
Syarikat: Parkson
Jenis: Kain lembut macam lycra