27/12/2013
Memandangkan sudah hujung tahun, kami sekeluarga berpakat untuk bercuti ke Melaka. Kami tinggal di homestay di A'famosa Resort. Sewa banglo satu tingkat selama 3 hari.
Bertolak hari jumaat lepas balik dari office. Itu pun lambat, pukul 8.30 malam baru bertolak. Pukul 10.30 malam baru sampai ke banglo Villa Sofea 957. Sofi , nieces & nephews are so excited to see us. They all dah bertolak awal tengahari dengan my Inlaws. Tired and sleepy we are very happy that we arrived safely at the bungalow. Alhamdullilah. Banglo tu ade 4 bilik, 2 bilik air berserta dengan their own bathtubs, dry & wet kitchen, dining, spacious living room & the kids favourite, our own swimming pool behind the bungalow. Malam tu the kids are so excited main sampai pukul 1.30am. Sofi pun tido pukul 12.30. Tak pernah tido selewat tu. Mummy of course sudah berada di awang-awangan.
28/12/2013
Kami sekeluarga breakfast di rumah saje. The kids celik mata je terus terjun swimming pool. Naik pun sebab kene paksa & matahari dah tinggi. Pukul 10.30 pagi. Kami bersiap-siap & pukul 11.30 pagi kami bertolak ke bandar untuk untuk makan tengahari. Kami pergi ke Ee Ji Ban Chicken Rice Ball di Jalan Melaka Raya 3. It's a halal chinese restaurant serve chicken rice ball. Makanan dia sedap dan paling unik sekali nasi dia dikepal-kepal menjadi bebola. It look like a fish ball but actually it's a rice. With 9 adults and 8 children, we ordered 30 rice ball, satu roaster whole chicken, satu pinggan kangkung belacan, satu pinggan khailan ikan masin, dua pinggan sotong & udang masak petai, telur dadar dua pinggan & dua pinggan ikan asam pedas.
Telur dadar
Nyonya asam pedas
Semua sekali RM 212.
Alamat:
Eejiban Chicken Rice Ball
275, Jalan Malaka Raya 3,
75000 Malaka
Tel: 016-2165220
Dibuka: 9.00pagi - 8.30malam
Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Facebook:
Selepas makan tengahari kami pergi membeli kuih-muih untuk makan petang pulak.
Kami berhenti di gerai kuih keria antarabangsa. Tempat ni boleh dikatakan famouslah. My MIL's favourite kedai masa diorang tinggal di Melaka dulu. MIL bought kuih keria, kuih kasui, laksa & cekodok pisang, semuanya dengan harga RM 52.00. Boleh lah you all bayangkan betapa banyaknye kuih yang diborong oleh MIL I kan? Makan kuih dalam kereta je sambil hubby and BIL drove our cars to the next destination which is Coconut Shake.
Lepas beli coconut shake MIL nak beli roti john pulak. Famous place. MIL so happy sebab dia kenal tokey kedai ni, jadi dia pun excited bercerita dengan tokey ni.
Malam pulak kami semua ke muara makan seafood. Trip 1 hour 30 minutes from our resthouse. Dalam kereta tido je sebab memang tak boleh bukak mata. Penat packing malam kemarin tak cover lagi.
Long que for table number only. Luckily BIL booked the place over the phone and managed to cut the que and avoid the hassle.
Semua makanan diorder dua pinggan setiap menu. 15 orang makan. 10 adults & 7 kids. 1 baby sleeping. 4 jugs of air kelapa & tebu.
Dinner RM365
Overall I think todays cooking are not as good as the previous time we came here. Maybe because it's a public holiday & year end. Kedai penuh. Ketam pun masih rasa mentah, sayur tawar, black pepper so do je, butter prawn dia macam tak menjadi je. Rasa macam makan biasa je. Tak rasa special makan seafood. I am not satisfied with the food. I think because of the crowd & mungkin meraka kelam kabut masak. Last time we went there we had a good seafood dinner. Memang berbaloi & sebab tu kami datang lagi kesitu hari ni. Tapi rasa dah tak sama. Tapi takpe alhamdullilah, perut kenyang jugak.
29/12/2013
Hari ni kami whole family stayed at resthouse sahaja sebab ada barbeque & swimming. Semua terjun pool hari ni. Tergelak- gelak dah semua dah gelap.hahah. Tepek sunscreen punyalah banyak sampai SPF 130. Macam tak menjadi je. Anyway today MIL, first BIL & second SIL balik hari ni. Sebab masing-masing kerja. Kami cuti monday & tuesday next week.
30/12/2013
Last day kami di Melaka. Pagi hubby beli nasi lemak & roti canai di gerai berhampiran A'famosa Resort. Sedapnya breakfast masakan kampung. Walaupun makanan ni boleh didapati di KL tapi rasanya lain sangat. Lepas tu berkemas & kami check-out.
Destinasi pertama selepas check-out ialah Super Cowboy.
Seronok pergi sini sebab dia jual barangan borong. Kiri kanan semua macam best. Semua nak beli. Boleh dikatakan pada pendapat I barang di sini semua buatan China. Kami cuma beli snacks, Sofi's toy & barang rumah sikit. Apa you all nak, mostly ada disitu. Mereka jual dengan harga borong. Dari barang dapur, hantaran, barangan untuk peniaga & macam-macam mereka jual. Nasiblah kereta tak muat, kalau tak memang I borong betul-betul. Memang rugi MIL not here, if not boleh kami borong sama-sama.
Kalau you all nak pergi , their address as below yea.
Address:
Super Cowboy Wholesale Sdn Bhd
No 21, Jalan TTC 1, Taman Technology Cheng,75250 Melaka
Tel: 06-3345919
After that we went for our lunch di Taman Cheng Mutiara. Apa lagi kalau tak makan asam pedas. Tempat ni dikira well known jugak sebab hubby cakap dulu masa dia outstation di Melaka, orang Melaka pun bawak dia kesini jugak.
My lauk. Makan biasa je. Tak sempat nak makan ikan bakar sebab kene take turn jaga Johan dalam kereta. So kene makan cepat-cepat. Bila my turn to eat lauk banyak dah habis and these are the only lauk yang I paling suka. Mmm sedapnya makan cencalok. Dah lama tak makan.
Lauk yang dihidangkan di sini boleh dikatakan banyak. Ada asam pedas ikan pari, asam pedas daging, masak lemak, ikan bakar dan ulam-ulam.
Lepas makan kami semua terus berangkat pulang ke KL. Next destination for our family trip is Terengganu. Can't wait. Bye.