Hi semua. Hari ni I nak cerita sikit pasal high chair Sofi. Masa Sofi 4 bulan dulu I dah sibuk-sibuk cari high chair dia sebab MIL dah cakap bila Sofi masuk 4 bulan je dia dah start bagi solid food. So masa tu bermulalah pengembaraan mummy mencari high chair Sofi. Hari-hari tengok internet pasal high chair. Hubby pun asyik cakap you tak boring ke asyik google high chair? I cakap tak. I suka. Tapi I tak bagitau pun yang I nak beli. Dia ingat tengok- tengok je. Hari- hari baca review & tengok youtube. Hahaha obses dengan highchair!!! Anyway secara kebetulan I kerje dekat dengan Pavilion. Jadi dalam seminggu kalau tak jejak kaki kat Pavilion tu mang tak sah. Tak kira beli atau tak mesti nak window shopping. Kalau tak jengok seminggu terasa macam Pavilion tu memanggil- manggil.. Kalau zaman bercinta dengan hubby. Kalau merajuk sanggup ku tahan dari call atau jumpa dia. Tapi dengan Pavilion tidak.. Hahahaha..ada ke orang macam I ni? Ke adakah I sahaja species yang wujud di Malaysia ni.. Ok berbalik semula dengan cerita highchair ni. Masa tu kat Pavilion ada kedai Chicco. I pun pengunjung setia Chicco. Sampai promoter kat situ pun dah kenal. Ada produk baru je diorang akan bagitau. Masa tu diorang ada display highchair chicco. So belek- punya belek terus beli.
Masa I beli tu harga dia RM 600++ agak mahal jugak tapi hati dah berkenan. Nak jugak...Sofi start pakai masa umur dia 6 bulan dah sehinggalah sekarang..she is 3 years old now.
Ps: masa beli high chair ni tak nampak pulak ade gambar xxx tapi tak kisah gambar je. Nak tukar cover kene bayar extra RM 200. Yang penting sekali ialah function dia kan? Betul tak?!
Product: 2 in 1 Polly Highchair
Price: RM 600++ (in 2011)
Company: Chicco
Website: http://www.chicco.com.my
Note:
Compact
3 position incline
Comfy cushioned seat
Parent tray
Easy to clean
Very stable
Great harness system
Height adjustment
Masa ni sofi dah 8 months. Dia dah pandai pegang botol sendiri but with mummy's observation.
Masa ni Sofi demam. Dia tak nak tido dalam bilik. Nak jugak tido kat highchair dia. 2 jam dia tido atas high chair ni. Nampak sangat selesa. My MIL panggil kerusi agong. Dia je boleh duduk situ. Orang lain tak boleh. High chair ni memang tahan lasak. Sofi selalu lompat-lompak & main slide, Alhamdullilah it still in tack.
Aman pun pinjam kak sofi's high chair. Masa ni Sofi tengah duduk dalam baby swing Aman. Bila I suruh dia turun dia cakap "mummy wait for your turn".. Ooo pastu I letak Aman atas kerusi agong terus dia merajuk sebab Kak Sofi jealous adik duduk atas high chair dia.
By the way this is Aman's Fisher Price Swing. The review is coming up soon.
good info.. keep writing..
ReplyDeleteThanks for the encouragement baddy.
ReplyDelete